DiARi UnTuK PeRmAtA HaTi MaMa & PaPa ( Part 2 )

Kita Sambung Ek..

Tarikh : 9 June 2009 ( Selasa )

Pada hari ini Baby telah buat mama & papa risau sebab tiba2 sahaja mama turun darah selepas makan…. Tetapi mama tak terasa sakit.. Bila mama bagitahu papa, dia teramat bimbang dan risau…. Dari wajah papa, mama tahu papa risaukan kesihatan mama dan Baby dalam perut mama tatkala itu…

Untuk pengetahuan Baby, andainya darah terus keluar tanpa berhenti daripada rahim mama… Kemungkinan besar kami akan kehilangan Baby buat selamanya… Kami belum bersedia untuk semua itu sebab kehadiran Baby adalah ditunggu2 oleh mama & papa…

Jadi, tanpa berlengah masa, papa membawa mama ke klinik 24 jam untuk buat pemeriksaan.. Kami risau kalau terjadi apa2 pada baby pada masa itu.. Dan dalam hati kami, kami tidak putus2 berharap baby akan selamat…

Selepas membuat pemeriksaan di klinik 24jam, doktor di sana menyarankan papa membawa mama membuat pemeriksaan di wad kecemasan di Hospital Besar Selayang… Dan tanpa berlengah kami ke sana untuk memastikan keselamatan baby..

Alhamdulillah, sedikit lega kami rasakan apabila doktor membuat scan ultrasound, kami dapat melihat baby masih selamat… Jantung baby berdenyut dengan stabil… Dan buat pertama kalinya mama & papa dapat melihat bagaimana rupa baby yang kemerahan dalam rahim mama… Baby bergerak2 tanpa mengentahui betapa risaunya kami jika ditakdirkan kami kehilangan Baby tatkala itu… Tidak dapat kami bayangkan jika kami terpaksa kehilangan baby..

Tapi alhamdulillah, Tuhan masih memberi kami kesempatan untuk terus bersama baby.. Mama rasa bersalah kerana merisaukan papa… Namun, mama juga tak inginkan keadaan ini… Mama tidak tahu apa silapnya mama sehinggakan keadaan ini berlaku.. Maybe sebab mama terlalu banyak buat kerja semasa kat kampung minggu lepas, dan mungkin juga perjalanan balik kampung yang jauh sedikit sebanyak menjadi penyebabnya…

Setelah dibuat sedikit pemeriksaan dan discan, mama dikehendaki hadir sekali lagi untuk memastikan segalanya tidak membawa sebarang masalah nanti… Mama & papa balik dengan sedikit kelegaan, tetapi doktor menasihatkan mama supaya banyak berehat dan jangan buat kerja…. Katanya lagi, kalau boleh semua kerja rumah biarlah papa yang lakukan… Kecian papa kan?...


Tarikh : 10 June 2009 ( Rabu )

Hari ini, sekali lagi mama keluar darah selepas pergi makan char kuew tiew dengan nenek dan uncle Nordin kat tepi masjid, iaitu kedai yang Mak Uda perkenalkan…
Kali ini mama rasakan darah itu keluar lebih banyak dari semalam.. walau pun tidak menyakitkan.. tetapi ia merisaukan juga sebab darah yang keluar itu adalah darah baru.. Tetapi lepas mama pakai pad.. Alhamdulillah ia tidak keluar lagi…

Sejak itu, bertambahlah papa risaukan mama dan baby… Mama langsung tidak dibenarkan buat kerja.. Sehinggakan sebiji pinggan pun papa tak bagi mama basuh.. Bila mengenangkan saat itu, mama kesiankan papa.. sudahlah pagi keuar pergi kerja dan balik petang pula sambung kerja jaga mama dan buat kerja rumah..

Mama tahu, papa terlalu risaukan keselamatan kita berdua sebab kita adalah insane yang amat penting dalam hidup papa… Mama dilayan bagai orang dalam pantang iaitu macam orang baru lepas bersalin… Rimas juga, tapi nak buat macam mana.. Untuk tidak merisaukan papa dan bagi menjaga keselamatan baby dan mama, mama terpaksa turutkan apa yang dilarang oleh papa… Memang macam orang bersalin ler… Mama dikehendaki memakai stoking sepanjang masa dan tak bagi bergerak kesana-sini walau pun dalam rumah sendiri… Semuanya papa uruskan termasuk makan minum mama… Kalau papa malas nak keluar beli makanan, dia akan gorengkan nasi untuk mama… Terima kasih papa… Mama menghargai apa yang papa lakukan untuk kitaorang.. dan baby juga harus berterima kasih pada papa juga tau!!!!..


Tarikh : 12 June 2009 ( Jumaat )

 Pagi ini mama ada pemeriksaan rutin kat klinik DBKL dan mama ceritakan semua yang berlaku supaya senang nanti mereka nak syorkan apa2 yang patut mama bagi menjaga kandungan baby mama…

Dan apa yang nurse di sana syorkan ialah supaya mama pergi buat check sekali lagi sebab sampai sekarang darah masih keluar walau pun tak banyak.. Tapi masih berterusan keluar.. Dan dia juga syorkan mama pergi pula ke HKL… Dan pada hari itu juga, balik dari klinik papa membawa pula mama ke HKL untuk membuat rawatan susulan..

Disana, mama dibawa ke bilik doctor berseorangan kerana mereka tidak membenarkan papa menemani mama… Dengan debaran, mama terpaksa tenangkan diri keseorangan sebab mama ni kalau bab2 hospital memang fobia sikit.. itu yang mama selalu fikirkan sekarang.. macam mana situasinya bila mama nak melahirkan baby nanti ek?.. harap2 semuanya berjalan dengan lancer dan selamat..

Berbalik pada cerita tadi, di sini juga mereka scan baby dan mama diberitahu oleh doctor yang baby sangat besar.. seakan baby lebih tua 2 minggu daripada tarikh yang mama start mengandungkan baby… Mama tak kisah kalau itu tidak memudaratkan sesiapa antara kita berdua.. janji baby sihat..

Satu pengalaman yang tak akan dapat mama lupakan kerana nurse disitu perlu memastikan kandungan mama tak ada masalah.. prosedur yang mereka lakukan sungguh menyakitkan sehinggakan mama terpaksa memegang tilam untuk menahan rasa sakit tersebut… Udahlah papa tak dapat menemankan mama tatkala itu.. Dan ketika itulah juga mama terfikirkan, tentu lebih menyakitkan bila mama terpaksa bertarung nyawa untuk melahirkan baby kelak.. tapi insyaallah mama akan kuatkan semangat untuk kita satu family nanti.. iaitu mama, papa dan baby…


Tarikh : 13 June 2009 ( Sabtu )

Hari ini mama ditinggalkan kat rumah Mak Uda sebab papa terpaksa ikut nenek dan ahli keluarga yang lain ke Kedah.. Hari ini sebenarnya hari bahagia buat uncle Nordin sebab hari ini dia aka menamatkan zaman bujangnya..
Tetapi mama terpaksa ditinggalkan sebab doctor tak bagi mama berjalan jauh selepas mama turun darah.. Bimbang perjalanan yang jauh ini akan memudaratkan mama dan baby… So, terpaksalah mama redha ditinggalkan oleh papa tatkala ini…

Tarikh : 14 June 2009 ( Ahad )

Petang baru papa selamat sampai ke Rawang.. Tetapi mama suruh papa rehat dahulu sekejap dan malamnya barulah papa datang ambil mama semula kat rumah Mak Uda di Sri Gombak…



Tarikh : 24 June 2009 ( rabu )

Luahan Hati Papa

Hari ni papa bawak mama pergi hospital Selayang check baby..
Bangun pagi kul 8.00 pg tp papa masih tdo lagi tunggu mama berak la pulak.. biasala mama kalau nak  pegi  jumpa doktor je mesti nak terkencing la terberak la…. Hehehe memang mama baby ni penakut ngan doktor ni papa pun tak tau lah nak wat camne….  Macam biasa la dah nak kuar rumah mesti mama nak masuk jb dulu hehehe….. paip bocor hahaha….

Sampai je kat hospital punya la papa marah kat  guard sebab tak bagi parking kat papa…. Papa marah guard mama marah papa plak… cian papa… tah macam mana tah tiba2 dalam marah2 kat papa mama boleh menangis lak… ish ish ish… terkejut papa di buatnye … yerla papa yang kena marah ngan mama last2 mama yang  teriak…. ( tergelak lah jugak papa jap)…  sampai je kaunter pertanyaan tu papa tanya la kat mana nak g … last2 kene g  banggunan yang lagi satu  tergelak lah gak papa sebab dah marah2 kat guard 2 sp mama menangis kene jalan jauh lakkk… padan muka… masuk je banggunan 2 papa ingat papa & mama terawal rupa2nye  lg ramai orang datang lg awal… dapat no 0041…. Tunggula papa dan mama dekat 12.00 tghr baru jumpa doktor punya la lama nak jumpa doktor kerajaan ni… dah la lama dalam tunggu tu sempat la mama g toilet dalam 7 kali kot … biasala penakut…  dalam masa menuggu tu sempat la papa terhibur gelagat2 baby yang tengah bermain kat situ…..

Dalam klinik jumpa doctor macam biasa la doktor kata baby okkkkkkk.. tu yang papa nak dengar sebenarnya…



Tarikh : 7 Julai 2009 ( Selasa )

Hari ini mama ajak papa keluar sebab boring dok kat umah…. Alasan mama nak beli barang.. Tapi memang ada barang yang mama nak beli pun.. Ronda punya ronda, adalah something yang mama dan papa beli buat pertama kali untuk Baby…

Kami beli 4 pasang baju & satu set topi berserta sarung tangan dan kaki untuk Baby… Itulah barangan pertama kami beli untuk Baby.. Kami tak dapat nak beli banyak lagi sebab papa belum dapat gaji… Lagi pun ketika ini kami tak tahu lagi Baby yang akan keluar ini lelaki atau perempuan…

Yang kelakarnya… Hari ini baju yang kami beli semua baju yang berlobang2.. Hehehehe.. Mama yang pulih sebenarnya.. Entahlah, mama berkenan pula tengok baju yang berlobang2 tu… Baby jangan marah ek…

Lain kali kami beli baju yang tak berlobang pula…



Tarikh : 8 Julai 2009 ( Rabu )

Tendangan Pertama

Semalam papa menangis… Mama tak sangka papa akan menangis tapi mama tak terkejut pun bila papa nangis… Ini semua kerana Baby… Kerana apa?... Bukan kerana Baby telah buat kesalahan pada papa.. tapi Baby telah buat papa teramat gembira…

Baby nak tahu apa yang Baby dah buat pada papa tanpa sedar sampaikan papa menangis… Baby telah memberi papa rasai “ Tendangan Pertama ” daripada Baby sedangkan ketika itu Baby masih dalam perut mama… Namun mungkin papa rasa terlalu gembira kerana buat pertama kalinya papa dapat merasai kehadiran dan pergerakan Baby melalui tendangan itu.. Papa menangis.. Katanya dia amat gembira kerana dapat merasai pergerakan Baby.. Sedangkan mama telah lama dapat merasai kehadiran Baby sedikit demi sedikit…  Mama bukan tak mahu berkongsi.. tapi mama tak ada pengalaman.. Selama ini mama dapat rasakan ada pergerakan dalam perut mama tapi mama tak dapat nak pastikan.. Sebab mama rasakan bagai geli-geli sedikit.. Tapi itu pun kadang2.. Maybe itulah pergerakan pertama Baby tapi mama tak dapat nak pastikan sangat… dan kalau mama nak kongsi dengan papa pun masa itu, rasa itu tak dapat dirasai lagi daripada luar..

Apa pun, mama rasa tumpang gembira kerana melihat papa begitu teruja dan gembira semalam… Pagi tadi pun sebelum pergi kerja papa sibuk minta Baby tending perut mama sebab dia nak rasai tendangan baby tu sebelum pergi kerja.. Hehehe… Kelakarkan papa Baby ni?.. Sebab itulah mama sukakan papa walau pun kadang2 ada gak lawak bodoh papa yang hanya membuatkan mama geram dan terasa hati..



Akan Bersambung Nanti.. Tungguuuuuu...
" Klik Sini Untuk Part 3 "

0 Celoteh Kalian:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...