DiARi UnTuK PeRmAtA HaTi MaMa & PaPa ( Part 1 )

Assalamualaikum semua..

Erm, hari  ni aku tergerak hati nak buat diari untuk tatapan anak aku iaitu " Nur Aina Balqis Binti Norhelmi "
Sebenarnya diari ni aku dah tulis lama dulu.. cuma tak ditayangkan secara umum jer.. Dan bila fikir, apa salahnya kita meluahkan perasaan sebagai ibu & bapa di sini ek..Dan hasilnya?.. Seperti di bawah :-


DiARi  UnTuK PeRmAtA  HaTi  MaMa  &  PaPa

Assalamualaikum Baby…
Ini ialah diari yang mama dan papa tulis khas untuk tatapan Baby… Iaitu anak kesayangan mama & papa.. Semua ini adalah catatan pengalaman kami dan perasaan kami apabila kami tahu Baby akan hadir dalam hidup kami.. Betapa gembiranya kami menerima khabar yang bermakna itu..
Baby adalah lambang cinta kami berdua.. Semoga Baby akan menjadi anak yang soleh dan menghormati kami sebagai ibu dan ayah Baby..


Mama & Papa kahwin pada 6 Dicember 2008… Kami disatukan dalam musim banjir.. Kelakar kan Baby?.. Tapi nasib baik papa dan family papa tak terkandas dalam banjir dan selamat sampai kat umah mama.. Kalau baby nak tahu, banyak dugaan dan kenangan yang tak dapat mama lupakan sebelum kami kahwin..

Kenangan yang paling mama & papa pasti tak dapat nak lupakan ialah papa terpaksa akad nikah dalam gelap gelita.. Kecian papa.. Udahlah gemuruh nak jabat tangan ngan tok kadi.. Tup2 lampu pun padam dan di luar hujan pula lebat.. Semua yang hadir menggelabah.. Dalam hati mama, apa lagi dugaan kitaorang sebab dalam perhubungan mama & papa terlalu banyak dugaan yang terpaksa kami tempuhi.. Bila Baby sudah besar, Baby akan faham apa itu maknanya “ Dugaan Hidup
Lagi satu, mama juga tak dapat nak lupakan peristiwa beg pakaian akad nikah mama diambil oleh orang lain.. Bukan dia sengaja tapi tersalah ambil beg pula..
Nasib baik makcik Rozi, kawan mama tolong mama dapatkan balik beg mama.. Kalau tidak, entah baju apa mama nak pakai dalam majlis akad nikah.. Sebab semuanya dalam beg itu iaitu pakaian, kasut, tudung, kerongsang dan semua ler.. Kelakarkan peristiwa sebelum kitaorang dapat bersatu..
Tapi itu semua menjadi kenangan manis buat mama & papa…

Mama & Papa Sayangkan Baby


Tarikh : 1 April 2009 ( Rabu )

Pada hari ini mama & papa dikejutkan dengan April Fool yang paling mengembirakan.. April Fool itu diberikan oleh doktor yang merawat mama setelah sudah 2 minggu mama tidak sihat badan dan loya2 serta muntah2…

Baby nak tahu tak apa yang diberitahu oleh doktor?.. Aha.. Hari inilah sekali lagi menjadi hari paling mengembirakan dalam hidup mama & papa sebab kami diberitahu yang mama hamil 2 bulan lebih..

Hamil?... Siapa dalam perut mama?.. Tentulah Baby anak mama & papa… Kami sayangkan baby dan tak sabar nak tunggu untuk melihat bagaimana rupanya mutiara hati kami..

Baby nak tahu?... Mama tengok papa sejak balik dari klinik dok tersengeh2 macam kerang busuk… Hehehe…. Zalimnya mama sebab cakap papa macam tu… Tapi memang pun… Sedangkan mama walau pun teramat gembira setelah tahu baby ada dalam perut mama, Tapi mama tak dapat nak tersengeh macam papa sebab penangan alahan orang mengandung buatkan mama tak sihat badan… Mama rasa nak muntah, dan memang muntah pun… Selain itu mama rasa macam orang tengah demam… Badan memang rasa lesu dan letih semacam sahaja…

Saat itu, barulah mama sedar bagaimana sengsaranya nenek menanggung kesakitan semasa mengandungkan mama dulu.. Dan sebab itulah kita diwajibkan  menghormati kedua orang tua kita dan kalau boleh mengabdikan diri kita untuk mereka sementara kita masih berkesempatan untuk membalasnya… Jadi mama & papa amat berharap Baby akan menghargai kami sebagai kedua orang tua Baby..


Tarikh : 2 April 2009 ( Khamis )

Ini ialah gambar mama semasa mama mengandungkan Baby.. Gambar ini diambil semasa Baby baru 3 bulan lebih dalam perut mama… Jadi perut mama tak berapa besar sangat lagi… Tapi sudah boleh nampak kan?.. Tak sangka mama berpeluang mengecapi pengalaman ini sebab tidak semua orang berpeluang merasainya dan contoh terdekat ialah mak saudara Baby iaitu Mak Uda… Mungkin semasa mama mengandungkan Baby, Mak Uda belum diberikan kesempatan oleh Tuhan dan mama harap dia juga mempunyai peluang seperti mama… Merasai kehadiran permata hati di dalam rahim mama yang selama ini kosong…  Satu anugerah yang tak terhingga mama rasakan kerana diberikan peluang ini…

Ini pula ialah gambar terbaru papa.. cuba Baby tengok perut papa, dia juga tak nak kalah ngan mama… Hehehe… Tapi perut papa tak ada sesuatu yang berharga seperti dalam perut mama… Sebab sesuatu yang berharga itu hanya akan berada dalam perut seorang ibu.. Dan itulah kelebihan seorang perempuan…

Tapi ramai orang cakap kalau perut orang lelaki macam tu maknanya dia senang hati… Hehehe… Maklum ler hati papa dah tak sabar nak lihat wajah Baby nanti…


Tarikh : 4 April 2009 ( Sabtu )

Sejak mama disahkan mengandungkan Baby, mama rasakan terlalu bahagia sebab mama dimanjai lebih daripada sebelum ini… Terima Kasih Baby.. Ini semua sebab papa tahu Baby ada dalam perut mama… Jadi, itulah kelebihan buat mama…  Mama tak dibenarkan angkat benda berat atau buat kerja2 yang memenatkan oleh papa… Malah kalau mama tak sedap badan, papa pula sanggup jadi tukang urutnya…  Papa juga jarang tinggalkan mama keseorangan… Dulu, papa selalu juga pergi lepak dengan kawan2nya, namun sekarang papa jarangkan aktiviti itu untuk menemani mama yang selalu tak sihat…

Kalau bab makan pula, papa sanggup naik turun kereta mencari lauk yang boleh membuka selera mama tatkala itu.. Malah kalau mama teringin nak makan kat mana2 pun papa sanggup bawa mama walau pun jauh.. Katanya takut Baby dalam perut mama ni kempunan tak dapat nak makan… Hehehe… Inilah gelagat papa Baby… Maklum lah, kehadiran Baby adalah bakal menjadi satu anugerah yang tak terhingga buat kami berdua…  Kadang2 mama gelihati melihat perangai papa…

Tapi ada juga yang tak bestnya… LLL… Mama cuma nak bercerita… Baby jangan pula terasa yang baby adalah penyebab yang buatkan mama tak selesa ini… Sebenarnya, mama sanggup lakukan apa sahaja pun untuk melihat Baby sihat seperti kanak2 lain yang ceria dan happy…

Apa yang paling mama tak suka ialah bila mama kena minum susu Anmum atau pun EnfaMama, iaitu susu untuk ibu2 mengandung… Mama ni sejak dulu lagi tak suka minum susu, tapi kena paksa dengan papa… Kata papa, ini bukan untuk mama, tapi untuk baby… Kalau mama tak nak tak pa, tapi kena bagi baby minum juga… Sudahnya, siapa yang kena minum?... Mama juga kan????..... Hehehehe…. Sebab sejak hari pertama Baby dalam perut mama, kita berkongsi segalanya termasuklah makan dan minum… Itulah kebesaran Tuhan yang menciptakan manusia…
Kami tak sabar nak tunggu kehadiran Baby dam menatap wajah Baby… Mama dijangka melahirkan Baby pada 28 November 2009.. Semoga segalanya selamat di bawah perlindungan Tuhan Yang Maha Berkuasa… Insyaallah..



Tarikh : 7 April 2009 ( Selasa )

Hari ini, apa lagi yang mama nak coretkan buat tatapan Baby ek?.. Aha.. Ada satu lagi rahsia mama nak kongsikan dengan Baby.... Baby nak tahu tak apa dia rahsia yang mama maksudkan tu?... Kita nak mengumpat papa ni.. Hehehehe…

Aha… Baby nak tahu tak?.. Mama kelakar jugak dengan perangai papa yang suka mencium perut mama… Tapi masa itulah mama terasa bahagia sangat… Sebab mama dapat rasakan kebahagiaan dalam hati papa… Mama tahu, papa tak sabar nak cium Baby… Tapi baby belum keluar lagi… Dapat cium perut mama pun kira dah beruntung sangat ler tu… Hehehehe… Betul tak Baby?... Selain itu, mama dapat rasakan papa bakal menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab pada keluarganya suatu hari nanti.. Insyaallah…

Tapikan baby.. kadang2 mama terasa hati jugak ngan papa… Sebab kadang2 papa cuma cium perut mama tapi tak cium pun pipi mama… L L L
Mama terasa macam papa rindukan Baby jer tapi bukan mama… Tapi jauh dalam hati mama, mama sebenarnya tahu yang papa teramat sayangkan kita berdua.. Cuma mungkin sejak berbadan dua ni, emosi mama cepat terasa sikit… Biasalah, badan kita terasa tak sihat… Maaf papa ek… Mama mengumpat pasal papa dengan Baby plak.. Jangan marah2 tau nanti cepat tua…

 
Tarikh : 9 April 2009 ( Khamis )

Baby… Kenapa ek mama & papa cuma bahasakan permata hati kami ni sebagai baby?... Sebenarnya, pada saat ini kitaorang masih tak tahu apa jantina Baby… Belum dapat dipastikan lelaki atau pun perempuan…

Tetapi.. Kami sebenarnya tak kisah kalau nanti Baby tu jasi baby boy atau pun baby girl.. Janji bila baby keluar nanti baby dalam keadaan sihat dan tak ada sebarang masalah yang tidak diingini…
Bila bercakap pasal jantina ni.. Sebenarnya, dulu kami selalu bahasakan Baby sebagai Aidil… Erm.. Semua tu ada sebabnya… Cuma mama &  papa sahaja yang tahu… Apa Datuk Siti Nurhaliza cakap?... Biarlah Rahsia….

Namun, lama kelamaan mama rasa tidak selesa pula nak bahasakan Baby dengan nama itu sedangkan kami belum tahu jantina baby… So sekarnag ini kami Cuma bahasakan sebagai Baby sahaja… Dan tunggulah sehingga kami dapat mengentahui jantina Baby nanti.. Dan akan kami pilih nama yang paling indah buat permata hati kami ini… Tungggggggggggguuuuuuu….


Tarikh : 25 April 2009 ( Sabtu )

Hari ini ialah hari Lahir mama.. So, Baby kenalah wish “ Happy Birthday Mama ” betul tak?.. Jangan lupa ek tarikh ni…

Mama tak inginkan hadiah yang mahal.. Cukuplah kalau hari ini diingati dan ungkapan itu diluahkan dengan tulus ikhlas buat mama… Cakap pasal birthaday mama jer… Karang jelous pulak papa Baby yang manja.. So Baby juga perlu ingat tarikh birthday papa iaitu 3 Februari 1979

Sentiasalah ingati kami kerana kami juga akan sentiasa ingati Baby dan akan selalu mendoakan kesejahteraan buat Baby..


Akan Bersambung Nanti.. Tungguuuuuu...
 " Klik Sini Untuk Part 2 "

0 Celoteh Kalian:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...