tarikh tutup contest aku ni 25 apriL 2011 |
Awak nak tahu kenapa saya join contest ni.. Sebab Pertamanya ialah saya tertarik dengan tarikh akhir contest ni.. My Birthday Tuuuu... Hehehe.. Dan sebab kedua ialah aku nak asah balik bakat aku yang dah berkarat sejak berkahwin ni.. Time bercinta dulu, selalu gak bermadah sebab tuannya tengah jiwang api hari ini aku ambil masa sikit nak jiwang karat.. sebab anak aku dah tidur..
Dan di bawah inilah hasilnya yang tak seberapa.. Ini hak cipta terpelihara tau.. bukan ciplak ek.. Sekeh kau kalau cakap aku ciplak.. Hehehe.. Jangan marah.. dan tak nak calonkan aku sebagai pemenang lak..
TERIMA KASIH TEMANKU
Senandung semalam banyak mencipta kenangan luka
mewujudkan sendu di hatiku yang lara
entah pada siapa akan kutitipkan cerita
mencoretkan rasa dan melunakkan perasaan
Terkapai aku dalam kegelapan
terus mendayung sendu di hati
melawan ombak resah
melawan badai perasaan
lantas terdiam aku kaku tanpa tujuan
mencari kedamaian sendiri
tetapi hatiku tidak sekuat timbunan batu
perasaanku juga tidak sekukuh tembok
tika itu aku seakan hilang dalam diri sendiri
tiada arah tujuan dan keputusan
aku meraba dalam kegelapan
dan mencari dalam kesamaran yang datang
aku hanyut dalam kekalahan
lemas dalam kegagalan
namun tatkala itu
kau muncul memberi sinar dan keyakinan
menjadi pelangi keindahanku
menghembus kedamaian dalam hatiku
menyuluh sinar pada harapanku
dan aku merasa kehadiranmu
Terima kasih teman
terima ksih kerana muncul dalam hidupku
menitipkan secebis semangat yang hilang
menyalurkan kekuatan yang luntur
dan menyuburkan perasaan yang terbenam
dengan kehadiranku
aku mendapat semangat yang berapi
merasai kekuatan yang teguh
dan membenihkan perasaan yang segar..
terima kasih teman..
terima kasih atas segalanya
kerna tanpa kehadiranmu tak mungkin aku menggapai pelangi bahagia sekarang
tak mungkin aku mendapat cinta yang hilang
dan tak mungkin aku sedar tentang kesilapan
thanks... 4 everything..
Dan ini aku tagkan 3 orang rakan sebagai memenuhi syarat contest ini :-
0 Celoteh Kalian:
Post a Comment