Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Idea Baru... Penangan Jam RM 10.00

0 Celoteh Kalian
Hehehe.. penangan jam baru beli rosak.. terus aku dapat idea baru untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif.. Nyaris2 aku nak buang ajer.. tapi nasib baik belum sempat buang aku dah dapat idea baru.. Hehehe..  Untuk apa?.. Apa lagi kalau bukan untuk
" My BlogShop QisAina_Kreatif "..

Alhamdulillah.. Tak sia-sia rupanya jam ini rosak kan?....Boleh kasi bakti yang lebih pulak untuk aku.. Itulah.. orang kata.. Sesuatu yang berlaku itu sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.. Cuma, kadang2 kita sahaja buta & tak nampak apa hikmah disebalik kejadian & sesuatu peristiwa itu..
Korang nak tengok tak hasil yang separuh siap tu?.. Sajer jer aku nak kasi gambar yang separuh siap.. Step by step katakan.. Betul tak?.. Dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar yang aku telah uploadkan di sini...

Tak sabar nak siapkan segalanya & tengok hasilnya.. Tapi biasa ler.. Nak kena curi2 masa & sorok2 daripada Aqis... Anak aku ler.. Hehehe..


Aku Menangis Kerana VideoKlip

2 Celoteh Kalian
Untuk Suamiku Yang Tersayang... I love U Forever & Ever


Tersentuh naluri aku bila dengar lagu ini berserta menghayati videonya sekali..
Cukup bermakna & mendalam maksudnya... Aku rasa, sesiapa yan ada hati & perasaan tak akan dapat lari dari tersentuh bila anda betul2 menghayatinya.. Tak taulah kalau korang tu tak ada perasaan..

DiARi UnTuK PeRmAtA HaTi MaMa & PaPa ( Part 1 )

0 Celoteh Kalian
Assalamualaikum semua..

Erm, hari  ni aku tergerak hati nak buat diari untuk tatapan anak aku iaitu " Nur Aina Balqis Binti Norhelmi "
Sebenarnya diari ni aku dah tulis lama dulu.. cuma tak ditayangkan secara umum jer.. Dan bila fikir, apa salahnya kita meluahkan perasaan sebagai ibu & bapa di sini ek..Dan hasilnya?.. Seperti di bawah :-


DiARi  UnTuK PeRmAtA  HaTi  MaMa  &  PaPa

Assalamualaikum Baby…
Ini ialah diari yang mama dan papa tulis khas untuk tatapan Baby… Iaitu anak kesayangan mama & papa.. Semua ini adalah catatan pengalaman kami dan perasaan kami apabila kami tahu Baby akan hadir dalam hidup kami.. Betapa gembiranya kami menerima khabar yang bermakna itu..
Baby adalah lambang cinta kami berdua.. Semoga Baby akan menjadi anak yang soleh dan menghormati kami sebagai ibu dan ayah Baby..


Mama & Papa kahwin pada 6 Dicember 2008… Kami disatukan dalam musim banjir.. Kelakar kan Baby?.. Tapi nasib baik papa dan family papa tak terkandas dalam banjir dan selamat sampai kat umah mama.. Kalau baby nak tahu, banyak dugaan dan kenangan yang tak dapat mama lupakan sebelum kami kahwin..

Kenangan yang paling mama & papa pasti tak dapat nak lupakan ialah papa terpaksa akad nikah dalam gelap gelita.. Kecian papa.. Udahlah gemuruh nak jabat tangan ngan tok kadi.. Tup2 lampu pun padam dan di luar hujan pula lebat.. Semua yang hadir menggelabah.. Dalam hati mama, apa lagi dugaan kitaorang sebab dalam perhubungan mama & papa terlalu banyak dugaan yang terpaksa kami tempuhi.. Bila Baby sudah besar, Baby akan faham apa itu maknanya “ Dugaan Hidup

Jalan2 Ke Tasik

0 Celoteh Kalian
Semalam aku satu family g jalan2 kat Tasik... Alamak, aku lupa ler nama tasik tu.. Sajer jer nakbawa anak aku jalan2.. nak g main and g tengok rusa kat sana.. Kat bawah ni aku upload =kan gambar2 yang cun untuk koleksi.. Hehehe. 

Dah sampai sana, aku tengok ramai lak camera men yang dok ambil gambar.. rasanya diaorang ada buat pertandingan kot.. Alamak.. terfikir lak nak ambil gambar model cilik aku ni.. silap ler, dia pakai baju biasa jer.. tak per.. lain kali aku nak ajak laki aku datang lagi.. aku nak pakaikan my model cilik tu pakai baju paling cantik and siap ada kepak lagi.. hehehe.. tak sabarnya nak ambil gambar dier..


.. NYANYIAN RINDU CINTA KEDUA ..

0 Celoteh Kalian
.. NYANYIAN RINDU CINTA KEDUA ..

Dikala ini hatiku berbisik riang..
Bernyanyi-nyanyi lagu merdu
Dan.. Bersiul mesra..
Menggamit kedamaian di hati
Melambai kegembiraan abadi

Seketika dulu..
 aku terpana dalam kesepian yang suram..
menghitung setiap detik
membilang waktu yang berlalu
melayar segenap ruang yang sepi
menyesali perasaan sendiri

KERNAMU..
Kehadiran Cinta kedua
Memberikan aku nafas baru
Untuk aku terus meneroka dan berfantasi
Mencipta Keindahan
Dan mencorak keajaiban angan-angan
Bagi Menyusuri segenap persisiran rindu
di hati yang pernah sepi

Terima kasih
Wahai cinta keduaku.
Kernamu..
Memberikan aku peluang yang hilang
Memberikan aku harapan yang terkubur
Memberikan aku angan-angan yang menyepi
Dan memberikan aku kehidupan yang pudar

Nyanyian rinduku ini hanyalah untukmu
Segala-galanya hanyalah untukmu
Terima kasih..
KErna kau sudi mencintaiku
Buat kali kedua
Lantas menjadi Cinta Keduaku
Yang amat aku hargai..
..Thanks Sayang..



Makna Yang Mndalam

0 Celoteh Kalian
Tadi aku baru masuk contest yang jiwang.. So, sekarnag ni rasa nak upload sajak lama yang mendalam ni.. Ini aku buat time aku dok jiwang karat ngan suami aku dulu.. Hehehe.. Kenangan Semalam diungkap kembali katakan..
 
..Semalam Adalah Untuk Hari Ini..

Semalam..
Kita dipertemukan kerana kita ditakdirkan
Tanpa ada perencanaan… Luar dari igauan
Jauh dari angan-angan
Namun.. Kita memang telah ditakdirkan

Semalam juga..
Kita mula bertegur sapa.. mengenali hati dan budi
mencari keikhlasan diri… serta ketulusan yang sejati

Semalam lagi..
Kita semakin mesra.. berbual manja
sambil meluahkan rasa.. membina perasaan
lantas menggamit keserasian..  memenuhi hati yang sepi

Semalam adalah memori luka
makin menjauh dari kehidupan kita
dan mengajar kita mencari diri yang hilang
harga diri yang diperjuangkan
juga perasaan yang makin tak seimbang..

Namun hari ini..
kita meninggalkan kenangan semalam
melontarkan ia ke dalam jurang
semoga hari mendatang akan lebih
bermakna dan jauh berpanjangan..

Semoga kenangan hari ini..
Bisa mencari senyuman yang tersembunyi
mengembalikan kasih yang menghilang
mendapatkan cinta yang kecundang
dan menggamit rindu yang kurang

Untukmu sayang
semoga bakal meraih kebahagiaan
inginku jadikan rinduku ini
sebagai kasih yang berpanjangan..
Untuk impian yang gemilang
dan angan-angan yang panjang..

Monolog Aku

3 Celoteh Kalian
Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.
Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah Pa&Ma
Saya dah tak main masak-masak tapi memang kena masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah lebih dari patut mengundi
Kahwin pun dah, kalau saya nak.. boleh tambah lagi sorang anak.. hehehe..


Andai Ler Awak Tahu

0 Celoteh Kalian
Assalamualaikum....



*Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

*Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
*Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

*Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

*Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 

 *Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Merayap ke taman Burung

0 Celoteh Kalian


Hari ni papa bawa kitaorang g jalan-jalan kat Taman Burung.. Maklum ler.. my baby suka ngan burung... Pantang jumpa burung, mesti nak tepuk tangan.. iyalah, sekarnag kan banyak jual burung yang berbunyi bila kita tepuk tangan.. so, biasalah dia.. pantang nampak burung kat pasar malam.. mesti nak tepuk.. 


Jom Berbasikal

0 Celoteh Kalian
rer


Aqis yg comel

0 Celoteh Kalian
Gambar2 ini semua diambil oleh jurukamera.. Sebenarnya, tiba2 jer ambil sebab time ni kitaorang merayap kat Tesco.. Ya Ker Tesco, tapi kalau bukan Tesco, kat Caffour kot… Aqis masuk peraduan, tapi tak menang pun.. Alang2 ambil gambar, kitaorang copy ler untuk koleksi peribadi.. Tapi bayar mahal gak ah.. Tak perlah.. Bukannya selalu.. Tak banyak gambar yang cantik sebab Aqis nangis.. Maklum, takut kat jurukamera lak plak.. Hehehe..

Birthday Aqis

0 Celoteh Kalian
Semua gambar kat bawah ni time sambut Birthday Aqis kat umah Uda.. Buat biasa2 jer.. Setakat beli kek sebiji and potong.. Tak wat makan2 pun sebab kebetulan jer..Last minit suruh papa belikan kek untuk Aqis.. Tapi memang ngam ngan tarikh Birthday dia hari itu iaitu 23 November 2010


kek siap dah

Tengok Belon Panas

0 Celoteh Kalian

Desa Water Park

0 Celoteh Kalian
Mandi manda ni kat Desa Water Park



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...