MY LITTLE CALIPH CONTEST

... Assalamualaikum ... 

Erm.. kali ini saya nak mencuba nasib dalam contest ini plak.. Ia dianjurkan oleh Bayt Al-Iman.. Nama contest ini ialah My Little Caliph Contest.Insyaallah. kalau ada rezeki kami.. adalah kan hadiah tu.. Apa pun, tak salah untuk saya mencuba.. Insyaallah...

Nak Join.. Klik Banner
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 am, 24 APRIL 2011.
Dibawah ini, saya ingin berseloka sedikit.. Dan tema seloka saya ini tentulah mengenai topik contest kita kali ini.. Erm.. saya ni bukannya teror, tapi sekadar nak mencuba nasib dan mengasah sikit bakat yang berkarat & maybe ada bakat yang terpendam ini.. Dan hasilnya ialah seperti di bawah :-

Seloka : My Little Caliph Contest

 Aku bergelar "Mama Aqis" ingin bercerita,
cuba mencari & menilai cita-cita,
doktor, guru, pelukis mahu pun pendeta, 
yang manakah sesuai untuk anak yang aku cinta...

masa mengandung ada kisah tersembunyi,
aku ada hobi melukis dinding kerana sunyi,
cantik atau tidak aku tidak peduli,
janji apa yang aku nak buat, aku harungi...

sebenarnya hobi itu sekadar suka-suka,
tak tahulah kalau ia pembawaan dari dia,
udahlah masa melukis itu belum tahu cerita,
rupanya diri ini sudah berbadan dua...

mungkinkah sesuai cita-citanya sebagai pelukis,
paling tidak pun dalam kategori seorang puitis,
bagi aku, tak ada salahnya melukis,
atau pun menyusun ayat2 yang syadis...

Pelukis.. pelukis.. pelukis.. pelukis..
Kerjanya halal bukannya mengikis,
jadi, apa salahnya jika jadi pelukis
pelbagai ilham boleh diluah sebelum terhakis...

Indah sungguh alam ciptaan- Nya,
Siapa lagi yang boleh meluahkan segalanya,
Andai bukan seorang pelukis bersama warnanya,
atau pun penulis bersama penanya...

Aku rasa cukuplah aku berhenti disini,
meluahkan rasa apa yang ada dihati,
semuanya bukan semata2 kerana contest ini,
tetapi memang itulah apa yang tersirat dinaluri...
  

Kat bawah ini ialah hasil lukisan aku masa mengandung.. hehehe.. selingan ajer ah.. tak salah kan?.. tak membatalkan penyertaan contest ini kan?..


Lukisan Di Tepi Pintu Bilik
Lukisan Di Tepi Katil
Lukisan di Ruang Tamu


... Sekian ...

4 Celoteh Kalian:

Nisa' Azman said...

Salam Mama Aqis..

Sy tag awk dlm GA nie.. hehe..
http://greennnpandacontest.blogspot.com/2011/04/ga-to-manis2madu-luckys-follower.html

QisAina_Kreatif said...

ok.. tq

IntaNBerliaN said...

Salam.. ummu muhammad minta semua peserta menghantar detail untuk penghantaran cenderahati.. TQ

ummu muhammad said...

mama aqis minta hantar details ke attuffahumairah@gmail.com ye..name, alamat no phone..jantina n umur anak..terime kasih ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...