Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

Tarikh Contest 1-30 April 2011

Kaedah Penyertaan :
  • Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku ... (done )
 
      • Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku ... (done )

      Anak saya namanya Nur Aina Balqis.. Umurnya baru setahun jagung.. hehehe.. setahun lebih baru ler.. Tapi, bak kata orang.. Kalau nak melentur buluh ni biarlah daripada rebungnya.. Erm.. bagi memenuhi syarat contest ini, saya nak bercerita sikit bagaimana saya cuba.. dan cuba.. dan terus mencuba untuk merangsang @ menggalakkan anak saya membaca buku... ( gambar kat atas tu time dia kecik lagi ).. Tapi dia ni memang pantang nampak buku.. Maybe sebab mak dia ni pun gilakan bahan bacaan kot...

      Okeylah, berbalik pada topik kita, saya sebenarnya cuba merangsang anak saya ini semasa ia di dalam perut saya lagi.. Daripada saya start mengandung, saya selalu membaca majalah.. dan majalah yang menjadi kegilaan saya time itu ialah Pa&Ma.. Maklum, kat dalam majalah itu, banyak info berguna untuk bakal ibu.. So, saya persiapkan diri saya dengan info menarik & berguna itu daripada bahan bacaan tersebut.. Saya juga lagilah suka membaca sebab saya tahu, baby dalam kandungan pun sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh perlakuan kita semasa mengandung.. Dan ternyata, bila ia lahir & membesar, saya mula nampak yang dia sukakan buku... Pernah juga saya letakkan buku & alat mainan di depannya, & apa yang saya sudah jangkakan.. dia merangkak ke arah buku... Dan dari itu, saya sudah tahu minatnya.. walau pun dia masih belum boleh membaca ...


      Saya juga selalu bacakan cerita kanak2 & teladan untuknya.. Kadang2 terpaksa pula berebut sebab dia mahu memegangnya sendiri.. Hehehe.. Memang kelakar kalau dilihat perangainya yang sukakan buku ni.. Selain itu juga, saya bagi dia pen & kertas untuk dia menconteng.. Walau pun sekadar menconteng, tetapi, saya mahu memupuk minat dia untuk menulis & membaca ... Alhamdulilah, sedikit sebanyak, dia lebih khusyuk dengan pen & buku daripada diberikan alat mainan yang lain ... Entah sudah berapa buah majalah Pa&Ma saya yang koyak kerana dia membaca.. hehehe.. Tak kisah ler, janji dia semakin minat..


      ... Insyaallah...
      • Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca ... (done)
      Alat bantu mengajar yang saya gunakan untuk menarik minat anak saya membaca ialah :-
      •  Kad Imbas
      • Buku Cerita Yang Berwarna Warni
      • CD Lagu Kanak-Kanak
      • Kertas & Pen ( untuk melukis & menconteng )

      1 Celoteh Kalian:

      Pija Madzlan said...

      Dah keluar result ni...

      http://sitisifir10.blogspot.com/2011/01/giveaway-bagaimana-menggalakkan-anak.html

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...