Cubaan Bunuh Diri : KB Mall

Hari ini rasa nak buka FB.. Erm.. Ada satu video dari suami aku menarik perhatian.. Tadi, sedang layari internet, ada gak tajuk macam tu, tapi tak tergerak hati nak "klik" sebab tak nampak video.. Tapi bila tengok depan video macam menarik jer dalam FB tu, terus layan ler...

Pada mulanya terasa sangat terkejut melihat entri post ini mengenai kes cubaan bunuh diri dari tingkat atas KB Mall. ( Negeri Kelahiran aku tu.. ) . Namun begitu timbul pula isu kenapa dia mahu bunuh diri? Ternyata singkat sungguh fikirannya kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Ahh.. Celaru sungguh fikiran memikirkan gelagat remaja perempuan ini.


Ada banyak juga spekulasi yang dibuat oleh orang ramai mengenai cubaan bunuh diri di KB Mall ini. Antaranya ada yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini mungkin mengalami masalah dalam percintaan atau dalam bahasa lebih kasarnya ialah “putus cinta hingga nak bunuh diri”! Logikkah akal ini hingga sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan?

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan SPM hingga tidak mahu teruskan hidup lagi. Benarkah SPM ialah segala-galanya hingga sanggup membunuh diri?

Ada satu komen yang kelakar dalam YOUTUBE.. Sengal punya reporter.. Hehehe.. Koen dia seperti kat bawah ni :-

Kejadian berlaku pada 24 Mac 2011 di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.
Try kelih ulasan y aku copy paste dr 1 link d Utube. naka molep. hok jong ngomen po reporter. haha

KOTA BHARU, 24 mei, Cuabbn Gadis berusia 20an untuk terjun dari tingkat 3 pasar kb mall gagal apabila sekelompok bomba dating dengan cepat. Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Zakiah (bukan nama sebenar) berasal dari kg tak tahu sebelum ini mempunyai masalah, Wallahualam la masalah apa mungkin berkaitan dengan keputusan SPM ataupun masalah berchenta. Dalam kejadian tersebut wartawan kami (saya la tu) cuba menemuramah seorang sakksi kejadian yang berada kira kira 40kaki dari paras lantai KB Mall memberitahu, mangsa cuba berteriak (bertepit, berjerik sebelum ketibaan abang abang bomberman. Anggota bomba yang dikenali en Yuhadi (bukan nama sebernar) cuba menenangkan mangsa, manakala anggota lain cuba menagkap mangsa. Sebaik mangsa dipegang, mangsa cuba-meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi akhirnya terlepas dari tangan bomba selang 15minit selepas itu. Kat bawah tu ader tilam, dang mangsa jatuh dengan gaya terjun bebas dan mengalami pendarahan mulut & tidak patah kaki. Semua berteriak semasa mangsa jatuh, saya kenalin (takut) & yang lain serabut untuk snap gambar. Mangsa kemudian dihantar ke hospitah untuk rawatan & disahkan selamat dari segi fizikal tetapi mentalnya agak tidak selamat. Kesemua pulang & ader yang selebihnya sibuk mencipta gossip.Video di atas dibluetoh dari gadis cun yg tidak dikenali namanya siti. Sekian berita Terhangat dari saya. Take care bebeh. Don't try this at home. Assalamualaikum.

Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim

”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151

”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28

dari jundud bin abdullah, bahawa Rasul saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim

”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78

“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

0 Celoteh Kalian:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...